E-book adalah buku elektronik yang boleh dibaca secara digital pada skrin komputer, alat pembaca e-book yang tertentu, personal digital assistant (PDA) atau telefon bimbit dan dalam erti kata lain, e-book digunakan pada skrin dan bukannya di kertas. E-book mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding buku bercetak. Antara kelebihan tersebut adalah, e-book boleh mengeluarkan penanda buku atau bookmark yang membenarkan pengguna terus kepada muka surat yang ditandai apabila membuka buku tersebut (Nelson, 2008).
Dengan mengaplikasikan e-book di sekolah-sekolah, sesi pembelajaran akan menjadi lebih
mudah dan menarik. Kerajaan juga telah membekalkan netbook kepada pelajar-pelajar di sekolah sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah yang berat. Namun begitu, penggunaannya masih lemah dalam kalangan pelajar.
Antara langkah-langkah dalam memantapkan penggunaan aplikasi e-book oleh pelajar-pelajar di sekolah adalah:
1) Guru perlu menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi. Pelbagai teknik pembelajaran boleh dilakukan menggunakan e-book tersebut contohnya, guru mencipta perisian pembelajaran yang interkatif untuk pelajar, berkongsi nota silibus dalam format ppt atau pdf, melakukan sidang video, pembelajaran melalui audio dan pelbagai lagi.
2) Ibu bapa dan pelajar perlu memastikan bateri netbook penuh sebelum datang ke sekolah untuk membuka e-book sepanjang sesi pembelajaran dan masalah akan berlaku sekiranya bateri netbook tersebut tidak dapat bertahan dengan lama.
3) Pemantauan guru terhadap penggunaan e-book ketika di dalam kelas. Ini adalah kerana pelajar lebih gemar bermain permainan komputer semasa di dalam kelas.
4) Pemberian latihan kepada guru terhadap penggunaan aplikasi e-book kerana terdapat sebilangan kecil guru yang tidak mengaplikasikan e-book dalam pembelajaran disebabkan kurang mahir dan tidak berkebolehan dalam menggunakan aplikasi tersebut.
5) Penggunaan e-book yang berjadual di dalam kelas supaya penggunaannya tidak bergantung kepada kehendak guru jika guru mengalami kesukaran untuk mengawal perhatian pelajar dan menggunakan e-book.
5 comments:
pengunaan E-book adalah sangat sesuai mengikut peredaran masa yang telah terkehadapan dengan pembangunan IT. E-book bukan sahaja memudahkan pembelajaran dalam segi penyampaian dan juga dalam pencarian maklumat. Namun begitu,pada pendapat saya untuk menjayakan pembelajaran secara E-book akan mengambil masa yang lama kerana masyarakat kita mempunyai taraf hidup yang berbeza dan bukan semua mampu untuk mendapatkan alat teknologi tersebut.
QARATUL AINI BINTI HUSSIN (A128003)
salam.
sudah semestinya pembelajaran menjadi lebih senang dengan penggunaan e-book. ini kerana pelbagai fungsi yang terdapat pada e-book boleh meningkatkan lagi pemahaman pelajar dan memudahkan pelajar untuk mengulang kaji atau mencari maklumat mengenai pembelajaran. selain itu, pelbagai jenis teknik pembelajaran boleh dilakukan menggunakan e-book. ini boleh menarik minat pelajar untuk lebih tekun dan memberikan perhatian semasa belajar.
NURFADHILAH MOHD FARID (A128040)
Pada pendapat saya,sememangnya E-book sesuai untuk dipraktikkan pada masa kini terutamanya melibatkan golongan muda dan belia. Pencarian maklumat berkaitan apa jua bidang sekalipun boleh didapati dengan mudah. semua maklumat berada di hujung jari. Namun begitu, setiap alat atau aplikasi yang dihasilkan semestinya mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Pemantauan yang rapi amat dititikberatkan terutamanya kepada golongan remaja supaya penyalahgunaan komputer tidak berlaku dalam menggunakan aplikasi yang disediakan dalam E-Book.
NUR MUNIRAH BINTI OTHMAN (A127319)
assalamualaikum..
pada era yang serba moden ini, penggunaan e-book amatlah sesuai untuk di aplikasikan di negara kita ditambah pulateknologi ICT semakin berkembang dengan rancaknya di negara kita. Penggunaan ebook sememangnya memberi 1001 kemudahan kepada penggunanya dan tidak lupa pula ia juga dapat memberikan keburukan sekiranya penggunaannya disalahguna. Justeru itu,pemantaun yang ketat dan rapi oleh ibubapa haruslah diambil untuk mengelakkan anak-anak mereka menyalahgunakan kemudahan yang diberikan. Selain itu, pihak sekolah juga turut memainkan peranan dalam mengelakkan penyalahgunaan berlaku dengan mengadakan sistem penapisan internet dalam sesuatu yang hendak dimuat turun oleh pelajar dan menyekat web tertentu daripada diakses oleh pelajar-pelajar.
NUR SIMAA BT BERHANNUDIN (A128009)
Assalamualaikum saudari =)
Isu yang saudari paparkan ini menunjukkan bahawa pelbagai kemudahan pendidikan disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi semangat belajar dalam kalangan pelajar sekolah dimana ia berasaskan teknologi baru dan canggih. Pengenalan E-book merupakan satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap positif anak muda terhadap perkembangan teknologi selaras dengan inisiatif kerajaan untuk menjadikan ekonomi digital sebagai tulang belakang ekonomi negara kita. Tapi perlu kita ingat dan sedar bahawa pemantauan terhadap anak-anak amat penting dan perlu dititikberatkan agar minda mereka dapat dijana ke arah yang positif dan bukannya negatif. Semoga teknologi yang ada ini dapat kita manfaatkan secara bersama ke arah yang lebih baik tanpa mengabaikan landasan dan syariat Islam yang telah ditetapkan. InsyaAllah :)
RINANE BINTI MOHD SALEH (A127571)
Post a Comment